Dua bekas pemain Liga Super iaitu Levy Madinda dan Christian Rontini berkongsi pegalaman yang berbeza antara Liga Malaysia dan Indonesia.
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Makanbola Indonesia sebelum ini, bekas pemain Kelantan, Christian Rontini menyatakan bahawa Liga Indonesia lebih tersusun dan teratur.
Beliau yang kini beraksi bersama Persita Tangerang menganggap semua pasukan di Indonesia adalah setaraf tidak seperti di Malaysia yang mempunyai jurang yang sangat berbeza.
“Secara asasnya taraf setiap pasukan adalah amat berbeza. Di sini (Indonesia) lebih teratur.”
“Di Malaysia, saya lihat jurang terlalu besar antara pasukan ‘top 5’ dan pasukan bawahan, tetapi di Indonesia semua pasukan adalah sama,” katanya kepada MakanBola.
Bagi bekas pemain Negeri Sembilan pula, Levy Madinda mengakui lebih tertarik dengan Liga Indonesia kerana suasana perlawanan yang sangat luar biasa.
Walaubagaimanapun, pemain kelahiran Gambia ini menganggap kedua Liga ini berada di tahap terbaik namun berbeza dari segi intensiti perlawanan.
“Ia berbeza (bola sepak Indonesia dan Malaysia), memang kedua-duanya berada di peringkat teratas, tetapi intensitinya berbeza. Saya suka suasana perlawanan dan ini adalah liga yang bagus.
“Saya suka liga ini, Saya mahu menunjukkan yang terbaik dan memberikan segala-galanya,” kata Levy dipetik daripada Media Indonesia Republik Bobotoh.
Levy Madinda ketika ini masih bersama Persib Bandung dengan status pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim.