Dua penjaga gol Malaysia dijangka membawa haluan ke kelab baharu.
Baru-baru ini, tular penjaga gol Kedah Darul Aman, Kalamullah Al-Hafiz telah meninggalkan pasukan atas bersetujuan bersama.
Tonggak utama Sang Kenari itu menjadi watak penting di bawah kendalian Nafuzi Zain namun membuat keputusan untuk membawa haluan baharu.
Beliau dijangka bakal membawa diri ke Lembah Klang untuk menyertai Selangor seperti laporan awal oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Bukan itu sahaja, seorang lagi penjaga gol utama bersama sebuah kelab di Liga Super turut dikhabarkan bakal membawa haluan baharu.
Persaingan sengit untuk mengekalkan tempat menyebabkan watak penting ini dijangka bakal menyertai kelab baharu sebelum jendela perpindahan kedua ditutup.
Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi daripada mana-mana kelab atau pemain berhubunf perpindahan yang digembar-gemburkan ketika ini.