Dua Penyerang Muda Berbisa Sertai Perak?
Dunia
IG Harith Naemm
Advertisements

Sebentar tadi, laman sosial Perak Football Club (Perak FC) telah memuatnaik satu video ‘teaser’ seperti mahu mengumumkan kehadiran pemain baharu bagi membawa cabaran Perak di Liga Super musim hadapan.

Namun begitu, video tersebut tidak memaparkan dengan jelas wajah pemain-pemain tersebut. Hanya gambaran dari belakang sahaja yang dirakam dan dipertontonkan.

Meninjau ruangan komen di laman Facebook Perak FC, rata-rata penyokong seakan-akan sudah dapat menghidu siapakah dua pemain yang terpapar dalam video pendek itu.

Advertisements

Antara nama yang disebutkan adalah Harith Naem Jaineh yang merupakan pemain Melaka United musim ini. Harith merupakan anak didik Lim Teong Kim ketika sama-sama berada di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan Piala Asia B-17 pada tahun 2018.

Selepas nama Harith diteka, nama seorang lagi pemain muda juga turut menjadi bahan tekaan para peminat. Seorang pemain lagi yang diteka ialah Azhad Harraz yang kini beraksi bersama Sabah FC.

Namun itu semua hanya andaian dan tekaan para peminat sahaja. Segalanya pasti akan diumumkan oleh pasukan Perak apabila masanya sudah tiba nanti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram