Eropah
Belgium Red Devils
Advertisements

Perlawanan kelayakan EURO 2024 membabitkan Sweden dan Belgium terpaksa dihentikan dua hari lalu selepas dua penyokong Sweden mati ditembak di Brussels.

Advertisements

Siasatan yang dijalankan pihak berkuasa Belgium dipercayai bermotifkan keganasan. Insiden ini memaksa kerajaan negara itu meningkatkan keselamatan ke tahap tertinggi.

Apabila berita itu tersebar di seluruh stadium, ramai penyokong mula bimbang dengan keselamatan mereka.

Advertisements

Pasukan Sweden dan Belgium bersetuju keselamatan patut menjadi keutamaan dan memilih untuk menghentikan perlawanan.

Ini membawa kepada pengumuman kedua-dua pasukan di laman media sosial rasmi mereka.

Advertisements

“Susulan insiden di Brussels hari ini, perlawanan berkenaan tepaksa ditunda. Ingatan kami buat semua mereka yang terkesan dengan insiden berkenan,” kata pengurusan Belgium di X.

Susulan itu, pemain, staf dan penyokong terpaksa kekal di stadium sehingga 4.00 pagi waktu tempatan sebelum dibenarkan keluar sambil diiringi pasukan keselamatan.

Begitupun, Daily Mail melaporkan kedua-dua pasukan berdepan kemungkinan bermain untuk baki 45 minit lagi.

Ini kerana UEFA menyatakan mana-mana perlawanan yang dihentikan perlu disambung semula pada tarikh baru yang ditetapkan kemudian.

Belgium dijangka tidak akan memberi tekanan kepada Sweden untuk menamatkan perlawanan itu. Ini kerana yang penting ketika ini ialah kesihatan mental pemain dan penyokong kedua-dua pasukan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram