Duo Akhyar & Safawi Bakal Sertai Terengganu
Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Dua pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid dan Safawi Rasid bakal berhijrah ke pasukan Terengganu musim depan.

Ini selepas pengumuman mengejut yang dibuat laman rasmi JDT, memaklumkan bahawa dua pemain sayap ini akan dipinjamkan ke pasukan lain.

Menurut sumber terdekat yang diterima MakanBola, Akhyar dan Safawi bakal beralih angin dan menyertai skuad kendalian Tomislav Steinbruckner untuk memperkuat Terengganu bagi musim 2024/2025.

Advertisements

Perkara ini juga dikukuhkan menerusi laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu ciapannya di laman X pada semalam.

Khidmat Safawi dan Akhyar ini pastinya bakal memberi nilai tambah buat Skuad Peteh dalam memperkuat bahagian serangan pasukan menjelang musim Liga Malaysia yang dijangka akan bermula pada Mei 2024.

Bagaimanapun sehingga hari ini belum ada pengesahan daripada mana-mana pihak, memuktamadkan proses pinjaman kedua pemain ini ke Terengganu.

Advertisements

Sejak bersama JDT pada 2017, Safawi Rasid telah melakukan sebanyak 117 penampilan dan mencatat 32 jaringan bersama kem Harimau Selatan sementara Akhyar Rashid pula merekodkan 48 penampilan sejak berhijrah ke JDT pada 2019.

Kini Akhyar dan Safawi masing-masing sedang menjalani latihan pusat bersama kem Harimau Malaya. Dua tonggak kebangsaan ini bakal menjadi watak penting skuad kendalian Kim Pan-gon di pentas Piala Asia kelak.

Malaysia akan memulakan kempen di Piala Asia berdepan Jordan pada 15 Januari dan kemudiannya berdepan Bahrain pada 20 Januari sebelum mengakhiri aksi peringkat kumpulan menentang Korea Selatan pada 25 Januari.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram