Duo England menjadi taruhan ketua jurulatih Three Lions, Thomas Tuchel untuk menyekat Argentina dari mara ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.
Pemain-pemain tersebut ialah penyerang berbisa Bayern, Harry Kane dan pemain tengah berprolifik Real Madrid, Jude Bellingham yang sedang mengumpul 6 gol setiap seorang dalam kancah Piala Dunia FIFA 2026 ini.
Menurut Tuchel, jika mahu bercakap tentang formasi untuk menang England hanya perlu menggandingkan Jude & Harry di kesebelasan utama namun posisi lain turut harus diberi perhatian bagi menumbangkan juara edisi lepas, La Albiceleste.
“Jika bercakap tentang formula, ia sebenarnya cukup mudah hanya perlu gandingkan Harry Kane dan Jude Bellingham dan mereka akan melakukan selebihnya.”
“Kami perlu memperbaiki aspek serangan dan melibatkan pemain lain dalam posisi yang sesuai namun sudah tentu mereka adalah pemain yang mampu menjadi penentu perlawanan. Kedua-dua pemain ini beraksi untuk kami dan menjadi penentu kemenangan ia sesuatu yang mengagumkan,” kata Thomas Tuchel ketika sidang media sebelum aksi England bertemu Argentina pada awal pagi Khamis.
England bakal menentang Argentina pada awal pagi Khamis bagi merebut tempat terakhir ke final Piala Dunia FIFA 2026 dan dijadualkan bertemu Sepanyol.
Sepanyol mara ke pentas final Piala Dunia FIFA 2026 selepas menewaskan juara dunia 2018, Perancis dengan keputusan 2-0 di Dallas pada Rabu.