Duo Finalis Piala AFC Bakal Sertai Terengganu?
Transfer
KL City FC
Advertisements

Pasukan Liga Super, Terengganu FC dilaporkan berminat untuk membawa masuk dua pemain finalis Piala AFC 2022 bagi memantapkan skuad ke Asia tahun ini.

Umum mengetahui bahawa jendela perpindahan kali ini menyaksikan skuad bimbingan Tomislav Steinbruckner sibuk melakukan persiapan termasuklah melepaskan beberapa tonggak utama ke pasukan lain.

Skuad Peteh juga telah membawa masuk beberapa muka baharu antaranya ialah Nor Hakim Hassan dan pemain import, Nurillo Tukhtasinov.

Advertisements

Mereka dilihat masih belum berpuas hati dengan jentera sedia ada apabila dilaporkan berminat untuk menambah sengat pada bahagian tengah pasukan.

Menerusi satu laporan oleh wartawan terkemuka, T. Avineswaran, Terengganu kini menunjukkan minat untuk membawa masuk dua pemain tengah KL City FC, Akram Mahinan dan juga Zhafri Yahya.

Kecemerlangan dua tonggak tengah ini menyaksikan The City Boys berjaya mara ke pentas final sebanyak tiga kali dalam tempoh tiga tahun sekaligus kudrat mereka ditagih bagi memantapkan pasukan.

Advertisements

Perpindahan ini bagaimanapun tidak dapat dipastikan mampu terjadi pada jendela kali ini tatkala KL City sudah pasti sukar melepaskan pemain tunjang pasukan ke seteru utama dalam liga.

Pada musim ini, Zhafri hanya beraksi sebanyak 9 perlawanan sebagai kesebelasan utama pasukan selepas mengalami kecederaan dan telah menjaringkan satu gol.

Akram juga baru pulih daripada kecederaan jangka panjang yang menyaksikan beliau hanya memperoleh 273 minit bermain di bawah kendalian Bojan Hodak musim ini.

Advertisements

KL City ketika ini berada pada tangga ke-7 Liga Super dengan 25 mata dan terikat dengan Terengganu dengan jumlah mata yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram