‘Durian Runtuh’ Buat JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima durian runtuh selepas aksi di Asia.

Skuad kendalian Xisco Munoz menamatkan perjuangan pada peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas tunduk 2-1 menentang juara bertahan, Al-Ahli.

Harimau Selatan yang juga wakil tunggal Malaysia pada pentas tertinggi Asia itu memperbaharui pencapaian ke suku akhir, berbanding Pusingan 16 terbaik pada edisi sebelumnya.

Kejayaan itu menyaksikan JDT menduduki tangga ke-10 di Asia dengan 79.4 mata (ke-265 dunia) hasil kemas kini oleh laman Opta Analyst.

Persembahan cemerlang JDT telah membantu pasukan itu untuk memungut habuan mencecah AS$1.7 juta (RM6.72 juta).

Pungutan wang ganjaran ini diperole hasil iaitu– AS$800,000 (RM3.16 juta) sebagai hadiah penyertaan awal. 

Tiga kemenangan pada peringkat Liga Timur ACLE menyaksikan JDT meraih AS$300,000 (RM1.2 juta).

Pusingan 16 pasukan terbaik pula menyaksikan Harimau Selatan menerima AS$200,000 (RM790,000) manakala aksi suku akhir menyaksikan JDT menerima AS$400,000 (RM1.6 juta).

Persembahan cemerlang ini menyaksikan Malaysia terus menerima slot automatik ke pentas ACLE 2026/-27 dengan satu lagi pasukan pada pentas ACL2.