Eden Hazard Ramal Cristiano Ronaldo Meledak Hingga Umurnya 50 Tahun
Eropah
Real Madrid/Al-Nassr
Advertisements

Bekas bintang Chelsea dan Real Madrid, Eden Hazard telah meramal Cristiano Ronaldo mampu meledak gol sehingga umurnya 50 tahun.

Hazard berkongsikan pandangan beliau sewaktu dalam sebuah temu ramah dan klip video tersebut telah tular di laman media sosial.

“Bagi saya Messi adalah nombor satu dan setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza apabila bercakap tentang bola sepak.”

Advertisements

“Ronaldo seorang yang mampu jaringkan gol dan memenangi trofi untuk pasukan. Ronaldo seperti mesin, lihatlah dia sekarang ketika berumur 39 tahun.”

“Dia akan jaringkan gol sehingga usia 50 tahun.” ujar Hazard.

Cristiano Ronaldo baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahiran ke-39 pada 5 Februari lalu dan kini masih menjadi pemain utama Al-Nassr di liga Arab Saudi.

Advertisements

Hazard yang kini berusia 33 tahun telah bersara daripada sukan bola sepak pada Oktober tahun lalu ekoran masalah kecederaan yang kerap menganggu prestasi permainan beliau.

Bekas pemain Chelsea ini mengharungi musim yang mencabar di Sepanyol bersama Real Madrid apabila kerap kali dipinggirkan ekoran kecederaan dan turut pernah terpalit masalah berat badan.

Pemain sayap lincah ini pernah menjulang dua kali trofi Premier League bersama Chelsea dan dua kali trofi La Liga bersama Real Madrid.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram