Eden Hazard Umum Persaraan
Eropah
Eden Hazard
Advertisements

Bekas pemain sayap Chelsea, Eden Hazard mengumumkan persaraannya daripada dunia bola sepak hari ini.

Keputusan itu diumumkan di akaun Instagram milik beliau kurang 30 minit yang lalu.

Hazard yang sebelum ini bersara daripada arena bola sepak antarabangsa memilih berbuat demikian kerana mengikut kata hatinya.

Advertisements

“Anda perlu dengar kepada diri sendiri dan kata berhenti pada masa yang betul. Selepas 16 tahun dan beraksi lebih 700 perlawanan, saya memutuskan untuk bersara sebagai pemain bola sepak profesional.

“Saya dapat merealisasikan impian saya, saya telah bermain dan berseronok di atas banyak padang di seluruh dunia.

“Sepanjang karier saya, saya bertuah bertemu dengan pengurus, jurulatih dan rakan sepasukan yang hebat – terima kasih semua untuk semua detik hebat itu, saya akan merindui anda semua.

Advertisements

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua kelab yang saya pernah bermain: LOSC, Chelsea dan Real Madrid serta berterima kasih kepada RBFA kerana memilih saya untuk Belgium.

“Ucapan terima kasih khas juga buat keluarga saya, rakan-rakan saya, para penasihat saya dan orang yang rapat dengan saya pada masa susah dan senang.

“Akhir sekali, terima kasih yang tak terhingga kepada anda, peminat-peminat saya yang mengikuti saya selama bertahun-tahun dan kerana memberi galakan walau di mana saja saya bermain.

Advertisements

“Sekarang masa untuk menikmati (kasih sayang) orang tersayang saya dan meraih pengalaman baru. Jumpa lagi di luar padang, rakan-rakan,” katanya panjang lebar.

Hazard sebelum ini bergelar ejen bebas selepas dilepaskan kelab terakhirnya, Real Madrid secara percuma pada akhir musim lepas.

Sepanjang kariernya, beliau sudah menjulang trofi berprestij seperti Piala Kelab Dunia, EPL, UCL, La Liga dan Ligue 1.

Advertisements

Hazard turut merekodkan 126 penampilan dan menyumbat 66 gol untuk Belgium.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram