Ejen Jelaskan Maksud Pada Baju Putih Paulo Josue
Liga Super
Kuala Lumpur City FC / Paulo Josue
Advertisements

Ketua Pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City), Paulo Josue sebelum ini mempamerkan baju putih selepas meraikan jaringannya dalam aksi Liga Super menentang Kuching City FC.

Pastinya ramai yang masih belum mengetahui apakah sebenarnya maksud yang cuba diluahkan oleh Josue pada baju tersebut.

Ejen kepada Josue iaitu Etminan Brazil telah menjelaskan dengan terperinci maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh pemain naturalisasi negara itu.

Advertisements

“Selain memberi penghormatan kepada Faisal Halim, Kapten Paulo Josue juga melakukannya kepada negeri asalnya Rio Grande do Sul (RS) yang mengalami banjir teruk.

“Kami terus berdoa kepada Tuhan agar dapat memberkati setiap orang untuk menjadi kuat, membantu dalam menyelamat dan menderma untuk mengatasi saat yang sukar ini,” jelas Etminan Brazil di laman Instagram.

Advertisements

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan kira-kira lebih 500 ribu orang telah kehilangan tempat tinggal dan 147 lagi disahkan meninggal dunia dalam bencana banjir tersebut.

Pada aksi sulung Liga Super, KL City diikat Kuching City dengan keputusan 1-1 yang mana menyaksikan jaringan KL City dijaringkan Paulo Josue pada minit ke-12 perlawanan.

Advertisements

KL City bakal berdepan ujian getir bagi perlawanan kedua Liga Super apabila melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 25 Mei depan di Stadium Bola Sepak Cheras.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram