Elephant Army Desak Pengurusan Ubah Nama Sri Pahang
Dunia
IG Elephant Army
Advertisements

Kumpulan penyokong Sri Pahang yang lebih dikenali dengan Elephant Army (EA) menyuarakan semula tuntutan kepada pihak pengurusan agar mengubah nama pasukan Sri Pahang kepada nama yang lain.

Perkara itu dikongsikan di laman rasmi Twitter, Elephant Army menjelang pertemuan di antara Sri Pahang dengan Sarawak United malam ini.

Pada pandangan Elephant Army, mereka merasakan nama Sri Pahang itu tidak menonjolkan identiti sebagai sebuah kelab bola sepak.

Advertisements

Dalam masa yang sama, mereka menegaskan bahawa pihak EA tidak pernah menggunakan nama Sri Pahang dalam apa jua poster dan postingan di mana-mana media sosial milik mereka.

“Dari pertandingan mencari nama pasukan yang meragukan sampailah pemilihan logo yang menidakkan si pemenang, segala-galanya nampak gagal. Takkan lah pengurusan cerdik pandai tak tahu yang nama & logo adalah merupakan identiti yg perlu dipelihara & juga ditonjolkan sebagai satu jenama.

“Ye, benar. EA tidak pernah menggunakan nama Sri Pahang dalam apa jua poster dan posting. Nama itu pada kami tidak menggambarkan kelab bolasepak,” luah EA di laman twitter mereka.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram