Elkan Baggott Diburu 30 Kelab Inggeris
Dunia
GFC Official
Advertisements

Pertahanan tengah Indonesia, Elkan Baggott sebenarnya diburu 30 kelab di Inggeris yang mahu mendapatkan khidmatnya.

Pemain tinggi lampai itu kini dipinjamkan oleh majikannya, Ipswich Town bagi memperoleh lebih banyak minit permainan untuk meningkatkan kebolehannya.

Namun begitu, menurut ketua jurulatih beliau di Gillingham FC, Neil Harris, beliau sudah lama melihat aksi Baggott ketika bersama pasukan bawah 23 tahun Ipswich sebelum berusaha memujuk beliau keluar secara pinjaman.

Advertisements

“Saya sudah melihat beliau sejak musim lalu. Ketika itu saya tidak ada pekerjaan, saya melihat dia bermain untuk pasukan U-23 [Ipswich].”

“Kita dapat melihat bahawa beliau sedang berkembang ketika ini, ” ujar Harris.

Beliau juga mengakui bahawa terdapat usaha untuk memujuk kelabnya bagi melepaskan khidmat beliau sedangkan ketika itu khidmat Elkan sedang diburu oleh 30 buah kelab di sana.

Advertisements

“Beliau [Elkan] sebenarnya boleh dipinjamkan ke salah satu dari 20 atau 30 klub di League One atau League Two.”

“Mereka (Ipswich) mahu beliau pergi ke kelab yang boleh memberikan peluang kepadanya untuk bermain, berkembang, dan bermain di beberapa posisi.”

Harris juga berpuas hati dengan prestasi yang ditonjolkan oleh pemain muda ini setelah mencetak 2 gol setakat ini.

Advertisements

Malah, beliau yakin dengan kebolehan Elkan, pemain ini mampu untuk terus meledak sungguhpun hanya beraksi selaku pertahanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram