Pertahanan tinggi lampai Indonesia, Elkan Baggott telah mengharumkan nama negaranya selepas menjadi watak penting ketika membantu pasukannya, Gillingham FC mencatat kemenangan.
Bintang berusia 19 tahun membuat kemunculan kali pertama setelah kembali bersama tugasan pasukan kebangsaan memberi impak yang cukup luar biasa.
Baggott diberikan kepercayaan oleh ketua jurulatih, Neil Harris membuahkan hasil apabila pemain ini berjaya meledak untuk mengikat Stevenage FC dalam aksi League Two di Stadion Mems Priestfield semalam.
Pada perlawanan tersebut, gol tunggal tuan rumah dijaringkan oleh Baggott telah pun menyelamatkan mereka daripada kekalahan.
Pasukan pelawat terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan selepas satu peluang di hadapan gol disia-siakan oleh Gillingham FC.
Namun begitu, Baggott mencuri tumpuan apabila menanduk masuk hantaran menerusi sepakan percuma oleh rakan sepasukan untuk menyamakan kedudukan.
Impak yang dibawa oleh beliau turut mendapat pujian oleh ketua jurulatihnya yang melihat impak pemain kebangsaan Indonesia ini setiap kali diberi peluang.
“Separuh masa pertama memiliki peluang yang diakhiri dengan jaringan dan kami kecewa kerana tidak bertahan dengan baik.”
“Kemudian kami menjaringkan gol meneuris Elkan dan saya fikir kami bermain dengan cukup baik melawan pasukan yang memiliki fizikal yang baik,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Gillingham kini berada pada tangga ke-18 Liga Kedua England dengan mengumpul 12 mata selepas 13 perlawanan.