Elkan Baggott ‘Singkirkan’ Kelab EPL
Eropah
Elkan Baggott
Advertisements

Bek tengah muda Indonesia, Elkan Baggott membantu Ipswich Town melakar kejutan dengan menyingkirkan kelab EPL, Wolves dari saingan Piala EFL semalam.

Kejayaan hebat ini dilakar anak-anak buah Kieran McKenna biarpun pada satu ketika, mereka ketinggalan 2-0 pada babak pertama. Gol Wolves dijaringkan oleh penyerang Korea Selatan, Hwang Hee-chan dan Toti Gomes.

Bagaimanapun, The Tractor Boys bangkit menyamakan kedudukan menerusi Omari Hutchinson dan Freddie Ladapo.

Advertisements

Jack Taylor kemudiannya muncul wira dengan menyumbat gol kemenangan ke atas kelab EPL itu pada minit ke-58.

Biarpun dibolosi dua kali dalam perlawanan semalam, Baggott menunjukkan prestasi memuaskan berdasarkan penilaian Sofascore iaitu 6.8 sepanjang 90 minit.

Dalam tempoh tersebut, beliau bukan saja mengeluarkan bola sebanyak tiga kali. Malah, Baggott juga berjaya membuat terjahan sebanyak empat kali dan menghalang percubaan Wolves sebanyak sekali.

Advertisements

Bek tengah muda itu juga bijak menggunakan ketinggiannya bila bersaing dengan barisan penyerang pelawat. Ini dibuktikan dengan Baggott memenangi tiga daripada lima pertarungan di udara.

Dengan prestasi memuaskan yang ditampilkan sepanjang Piala EFL setakat ini, ramai penyokong Ipswich berharap pemain muda Indonesia itu diberi peluang beraksi dalam Liga Kejohanan.

Ini kerana Baggott mampu menjadi aset kepada The Tractor Boys tatkala mereka bertakhta di kedudukan dua teratas liga itu ketika ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram