Dunia
Instagram: @famalaysia
Advertisements

Pemain pertahanan kanan Johor Darul Ta’zim, Matthew Davies dilaporkan selamat menjalani pembedahan selepas menderita ‘sports hernia’ sejak beberapa bulan lepas.

Sports Hernia adalah kecederaan yang melibatkan tisu lembut di kawasan pangkal peha. Ianya boleh berlaku jika seseorang itu melakukan pergerakan yang berat termasuk pergerakan berpusing yang kuat.

Matthew Davies mengesahkan bahawa dirinya telah selamat menjalani pembedahan yang dijalankan di Jerman. Beliau sebelum ini terpaksa bermain bola selama 6 bulan bersama dengan kesakitan akibat dari kecederaan tersebut.

Advertisements

Pemain berusia 26 tahun ini merakamkan ucapan terima kasih kepada majikannya iaitu kelab Johor Darul Ta’zim yang membantu beliau dalam mendapatkan rawatan dengan membawa beliau berjumpa pakar bedah terbaik.

Baru-baru ini, Matthew Davies dinobatkan sebagai pertahanan terbaik dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 (ABK21). Namun nama beliau tidak dipanggil untuk mewakili Malaysia dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang sedang berlangsung kini di Singapura sekaligus menimbulkan tanda tanya peminat bola sepak tanah air.

Advertisements

Ternyata kecederaan yang dialami menyebabkan beliau tidak terpilih ke kejohanan berprestij Asia Tenggara itu. Pastinya khidmat Davies akan diperlukan skuad Harimau Malaya pada tugasan antarabangsa yang akan datang.

Matthew Davies Injury Enam Bulan Main Bola Dengan Kesakitan, Matthew Davies Selamat Jalani Pembedahan
Kredit: Instagram Matthew Davies
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram