Ads
Endrick Dos Santos Jelaskan Perbezaan Liga Malaysia & Vietnam
Asia Tenggara
FA Malaysia

Pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos menjelaskan perbezaan Liga Malaysia dan juga Vietnam.

Advertisements

Tonggak berusia 29 tahun itu telah dilepaskan secara pinjaman oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menyertai Ho Chi Minh City FC.

Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards mengesahkan perkhabaran ini sekaligus menjadikan pemain tengah berdarah Brazil itu sebagai pemain Malaysia pertama mewarnai saingan liga Vietnam.

Advertisements
Advertisements

Endrick melihat saingan V. League 1 lebih mencabar berbanding saingan Liga Super disebabkan status Vietnam sebagai antara jaguh bola sepak rantau Asia Tenggara.

“Saya mengambil kesempatan menonton persembahan pasukan di YouTube. Musim lalu, Ho Chi Minh City bermain dengan baik dan saya berharap tahun ini pasukan akan terus kekal cemerlang untuk meraih lebih banyak kejayaan.

Advertisements

Beliau juga mengakui bahawa Liga Vietnam jauh lebih sukar berbanding Malaysia ketika ini.

“Terdapat ramai rakan yang tahu tentang bola sepak Vietnam, jadi saya mengambil kesempatan untuk bertanya dengan mereka. V-League liga yang lebih sukar berbanding (Liga Super) Malaysia tetapi (Liga Super) Malaysia semakin berkembang dan semakin kuat. 

“Begitu juga dengan pasukan Malaysia. Sekiranya saya berpeluang bersaing dengan pasukan Vietnam, ini akan menjadi cabaran besar bagi saya dan pasukan saya,” katanya kepada portal Tuoi Tre.

Bekas pemain Penang FC ini juga berharap berpeluang meraih lebih banyak minit permainan semasa berada di Vietnam.

Advertisements

Endrick menyertai Dion Cools, Fergus Tierney, Luqman Hakim Shamsudin dan Muhammad Abu Khalil yang memilih untuk berkelana di luar negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram