England Kecundang Di Laman Sendiri Angkara Brazil
Eropah
England Football Team
Advertisements

England tewas di gelanggang keramat Stadium Wembley berdepan cabaran Brazil sekaligus menamatkan rekod 21 aksi tanpa kalah di laman sendiri.

Dalam aksi persahabatan antarabangsa tersebut, kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan utama terbaik mereka bagi meraih kemenangan berharga.

John Stones, Harry Maguire, Jude Bellingham, Declan Rice dan Phil Foden menjadi muka utama England manakala Brazil mempertaruhkan pemain seperti Bruno Guimares, Lucas Paqueta, Rodrygo dan Vinicious Junior.

Advertisements

Kedua-dua pasukan memberikan tentangan yang seimbang dalam aksi ini apabila masing-masing merekodkan 14 percubaan.

Kyle Walker terpaksa dikeluarkan selepas 20 minit beraksi dan digantikan dengan Ezri Konsa akibat kecederaan hamstring.

Aksi babak pertama tamat tanpa sebarang jaringan.

Advertisements

Gol sulung Brazil muncul pada minit ke-80 hasil jaringan Endrick yang menyambut bola muntah daripada penjaga gol Jordan Pickford.

Pemain muda berusia 17 tahun itu menjadi wira Brazil sekaligus membantu Brazil mencatatkan kemenangan Di stadium Wembley sejak tahun 1995.

Tamat perlawanan, Brazil menewaskan England 1-0 hasil jaringan pemain baharu Real Madrid, Endrick.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram