Advertisements
England Lelah Sebelum Atasi Tentangan Skuad Wanita Filipina
UltraSukan
UltraSukan
FF Philippine

Skuad wanita England Bawah 17 Tahun (B-17) terpaksa bekerja keras sebelum mengatasi cabaran Filipina dalam aksi MIMA Cup 2024 di Murcia, Sepanyol.

Kejohanan ini merupakan sebahagian daripada rangka persiapan skuad muda Filipina untuk Piala Asia Wanita B-17 2024 yang bakal berlangsung pada Mei ini.

Filipina hampir mendahului seawal minit keempat menerusi Alexa Pino selepas Nina Mathelus dikasari di luar kotak penalti. Bagaimanapun, sepakan percuma yang diambilnya tidak mengenai sasaran.

England kemudiannya mendahului pada minit ke-35 menerusi Isabella Fisher selepas menanduk bola Mia Endacott melepasi Samantha Hughes. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, England terus menggandakan asakan untuk menambah kelebihan jaringan.

Hasilnya, Emily Cassap memastikan kemenangan England menerusi satu lagi gol tandukan pada minit ke-55. Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Dengan kekalahan ini, Filipina bakal berdepan pasukan Sweden B-17 untuk penentuan tempat ketiga dan keempat. Ini selepas pasukan dari Scandinavia itu tewas kepada Scotland dalam satu lagi aksi MIMA Cup.

Perlawanan tersebut bakal berlangsung pada 8 Februari ini.