EPL: Arsenal Atasi Tentangan Sengit Brentford
EPL
Arsenal
Advertisements

Kelab gergasi utara London, Arsenal merampas takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Liverpool untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam.

Ini selepas The Gunners mengatasi cabaran Brentford dalam perlawanan setempat London yang berlangsung pada awal pagi tadi.

Arsenal yang dibimbing Mikel Arteta perlu menang sekiranya ingin menyaingi Liverpool dan Manchester City yang menduduki kedudukan dua teratas dalam EPL.

Advertisements

Sementara The Bees yang dibimbing Thomas Frank pula memerlukan kemenangan untuk mencipta jarak dengan kelompok tercorot liga.

Separuh masa pertama menyaksikan Arsenal selaku tuan rumah mendominasi perlawanan.

Bagaimanapun, mereka perlu menunggu sehingga minit ke-19 untuk mendahului menerusi pemain tengah England, Declan Rice.

Advertisements

Meskipun ketinggalan, Brentford tidak goyah. Sebaliknya, mereka memastikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 semasa rehat menerusi Yoane Wissa pada minit ke-47.

Bersambung selepas rehat, The Gunners meningkatkan serangan dengan harapan dapat meraih gol kemenangan.

Malangnya, setiap gerakan serangan yang cuba diatur berjaya dipatahkan barisan pertahanan The Bees diketuai penjaga gol, Mark Flekkan.

Advertisements

Arsenal akhirnya berjaya mendapat gol kemenangan menerusi bekas penyerang Chelsea, Kai Havertz pada minit ke-86. Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini membolehkan Arsenal kembali bergelar pendahulu liga untuk tempoh 24 jam sebelum perlawanan Liverpool dan Manchester City yang berlangsung pada hari ini.

Kesungguhan yang ditunjukkan Ben White melayakkannya sebagai pemain terbaik perlawanan hari ini oleh Sofascore. Beliau mendapat markah 8.0 mata, 0.3 mata di hadapan Rice.

Advertisements

Arsenal seterusnya kembali fokus ke kempen Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dengan menentang Porto pada 13 Mac. Manakala Brentford pula akan menentang Burnley di Turf Moor pada 16 Mac.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram