EPL:  Arsenal Catat Kemenangan Dramatik Tewaskan Liverpool Di Emirates
EPL
MakanBola
Liverpool FC
Advertisements

Arsenal merampas kedudukan pendahulu EPL daripada Manchester City. Ini selepas pasukan bimbingan Mikel Arteta itu berjaya menewaskan Liverpool 3-2 di Stadium Emirates hari ini.

Gunners mendahului Reds seawal minit pertama menerusi jaringan cantik Gabriel Martinelli. Bagaimanapun, Darwin Nunez menyamakan kedudukan untuk Reds pada minit ke-34.

Advertisements

Tetapi sebelum rehat separuh masa, Arsenal kembali mendahului. Bukayo Saka menyempurnakan hantaran Martinelli untuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-49.

Babak kedua menyaksikan Liverpool cuba bangkit dengan memasukkan Joe Gomez dan Roberto Firmino menggantikan Trent Alexander-Arnold dan Luis Diaz.

Advertisements

Hasilnya, Firmino sekali lagi menyamakan kedudukan pasukan pelawat pada minit ke-53. Tetapi Saka memastikan Gunners muncul sebagai pemenang menerusi penalti pada minit ke-76.

Arsenal bakal bertandang ke Elland Road untuk berdepan Leeds United pada 16 Oktober. Manakala Liverpool pula melayan kunjungan Manchester City pada tarikh yang sama.

Advertisements

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
News Comments Account