Arsenal mencatat kekalahan pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas dibelasah Brighton & Hove Albion di tempat lawan.
Kekalahan 3-0 dialami Arsenal di Stadium Amex apabila Brighton & Hove Albion mempamerkan persembahan 5 bintang bagi menjinakkan anak-anak didik Mikel Arteta yang turun membawa status juara EPL musim lalu selain masih belum tewas.
Tuan rumah membuka tirai jaringan selepas setengah jam beraksi apabila percubaan Pascal Grob gagal diselamatkan oleh penjaga gawang Arsenal, David Raya hasil satu corak hantaran pendek yang berkualiti dari pemain Brighton.
Usaha Arsenal untuk bangkit sebelum rehat digagalkan oleh penyerang Brighton, Charalampos Kostoulas yang menambah derita pelawat hasil jaringan kedua, menerusi satu percubaan dari luar kotak penalti pasukan pelawat.
Babak kedua menyaksikan gawang Arsenal bocor buat kali ketiga setelah tendangan penjuru oleh Pascal Grob ditanduk mudah oleh Chema Andres untuk menewaskan David Raya yang terkaku di hadapan gawang bersama pertahanan.
Perlawanan berakhir dengan Arsenal kecundang 3-0 di tangan Brighton, sekali gus membuka peluang besar buat pencabar, Manchester City bagi merampas kedudukan teratas carta EPL pada minggu ini.