EPL: Arsenal Mudah Belasah Kelab Tercorot Sheffield United

arsenal eddie nketiah EPL: Arsenal Mudah Belasah Kelab Tercorot Sheffield United
Arsenal
Hakim Johari @HakimJohari4
12:00am 29/10/2023

Arsenal kembali mencatat kemenangan dalam saingan liga apabila kenduri gol menewaskan Sheffield United 5-0 di Stadium Emirates.

Mikel Arteta terus menggunakan khidmat penjaga gol baharu, David Raya berbanding Aaron Ramsdale untuk perlawanan ini.

Permulaan perlahan buat Arsenal apabila Sheffield menampilkan corak permainan defensif sehinggalah Eddie Nketiah membuka tirai jaringan.

Nketiah menyempurnakan hantaran Declan Rice untuk jaringan pertama Arsenal pada minit ke-28 permainan.

Bersambung babak kedua, Nketiah sekali lagi muncul penjaring gol Arsenal menerusi situasi sepakan sudut pada minit ke-50.

Eddie Nketiah terus menampilkan aksi memukau apabila meledak hatrik pada minit ke-58 setelah menerima hantaran Emily Smith Rowe.

Fabio Vieira menjaringkan gol keempat Arsenal setelah mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-88.

Memasuki masa tambahan, Takehiru Tomiyasu menambah derita Sheffield United apabila menjaringkan gol kelima pasukan.

Arsenal mendominasi penguasaan bola dalam perlawanan ini dan berjaya melakukan 13 percubaan ke arah gawang lawan walaupun Sheffield United mempamerkan corak permainan bertahan.

Tamat perlawanan, Arsenal berjaya menewaskan Sheffield United dengan jaringan 5-0 untuk meraih 3 mata berharga.