Perlawanan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan diantara Arsenal menentang Nottingham Forest yang berakhir dengan keputusan 2-1.
Arsenal turun dengan tonggak baharu seperti Declan Rice, Kai Havertz dan Justin Timber. The Gunners turun dengan reputasi sebuah pasukan terbaik.
Separuh masa pertama, The Gunners dahului dengan 2-0 menerusi Nketiah dan Bukayo Saka.
Separuh masa kedua, Nottingham Forest berjaya memecah kebuntuan gol pada minit 82 permainan menerusi penyerang mereka Taiwo Awoyini.
Tambahan masa 7 minit, tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Arsenal 2-1 Nottingham Forest.
Selepas ini, Arsenal akan bertemu Crystal Palace pada 22 Ogos dan Nottingham Forest akan menentang Sheffield United pada 19 Ogos ini.