Kebangkitan Manchester United dibawah Ruben Amorim sedikit terganggu selepas tewas 0-2 kepada Arsenal dalam satu aksi Liga Perdana Inggeris di Emirates, London.
Dua jaringan bola mati hasil tandukan Jurrien Timber dan William Saliba menjadi duri dalam daging buat kem Ruben Amorim.
Separuh masa pertama seimbang buat kedua-dua pasukan tanpa sebarang jaringan. Arsenal yang dilihat lebih berbahaya dalam situasi bola mati berjaya memanfaatkan satu sepakan sudut yang disudahi Jurrien Timber pada minit ke-54.
Arsenal sekali lagi memanfaatkan satu sepakan sudut dan akhirnya berjaya memperoleh gol ke-2 Arsenal menerusi tandukan William Saliba pada minit ke-73.
Arsenal beberapa kali hampir menjaringkan gol menerusi sepakan sudut sehinggakan Ruben Amorim menggelengkan kepala setia kali United harus berhadapan dengan situasi bola mati berbahaya milik Arsenal ini.
Perlawanan berakhir 2-0 memihak tuan rumah, Arsenal di Emirates.
Arsenal akan bertandang ke Craven Cottage berhadapan Fulham pada 8 Disember ini manakala Manchester United berhadapan Nottingham Forest di Old Trafford.