EPL: Arsenal Tundukkan Liverpool, Pintas Kedudukan Man City
EPL
Premier League
Advertisements

Arsenal terus menghambat kedudukan pendahulu liga apabila menewaskan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates.

Kedua-dua pasukan tampil dalam perlawanan ini dengan pemain terbaik yang mereka ada demi memastikan tiga mata berada dalam genggaman.

Tuan rumah bermula baik dan berjaya memimpin perlawanan pada minit ke-14 menerusi jaringan Bukayo Saka yang mudah menyempurnakan bola muntah hasil percubaan Gabriel Martinelli.

Advertisements

Ketika permainan menuju rehat, Liverpool berjaya mengikat kedudukan 1-1 apabila pertahanan Arsenal, Gabriel Magalhaes tertampan bola ke gawang sendiri.

Tamat separuh masa pertama, Arsenal 1-1 Liverpool.

Bersambung separuh masa kedua, Arsenal kembali mendahului menerusi Gabriel Martinelli akibat salah faham di antara pertahanan Liverpool, Virgin Van Dijk dan penjaga gol, Alisson Becker pasa minit ke-67.

Advertisements

Skuad bimbingan Jurgen Klopp terus mengasak bagi mencari jaringan penyamaan namun jentera serangan terus buntu untuk menembusi gawang Arsenal.

Tambah malang, pertahanan Liverpool, Ibrahima Konate dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari Kai Havertz dua minit sebelum masa sebenar tamat.

Pada masa kecederaan, Arsenal terus menambah luka Liverpool dengan menyumbat gol ketiga menerusi pemain gantian, Leandro Trossard.

Advertisements

Tamat permainan, Arsenal 3-1 Liverpool.

Dengan keputusan ini, Arsenal berjaya memintas kedudukan Man City di tangga kedua liga dengan City masih kekurangan dua perlawanan. Meskipun tewas, Liverpool masih di tangga teratas dengan 51 mata.

Aksi liga seterusnya menyaksikan anak-anak buah Mikel Arteta bakal bertandang ke gelanggang West Ham United manakala Liverpool akan melayani kunjungan Burnley di Anfield.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram