Advertising
EPL: Aston Villa Malukan Man City Di Laman Sendiri
MakanBola
Manchester City

Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini menyaksikan Aston Villa malukan Manchester City di laman sendiri dengan keputusan 2-1.

Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik selepas tewas dalam perlawanan sebelum ini.

Seawal 16 minit permainan, tuan rumah Aston Villa membuka jaringan pertama menerusi Jhon Duran selepas gerakan menarik dari bawah.

Ad

Separuh masa pertama tamat, skuad kendalian Unai Emery mendahului dengan satu jaringan.

Ad

Pada minit ke-65 permainan, Aston Villa bermula garang apabila Morgan Rogers berjaya menghadiahkan gol kedua pasukan selepas mudah menyempurnakan hantaran John McGinn.

Ad
Ad

Empat minit masa sebelum tamat masa tambahan, Phil Foden membuka jaringan pertama Manchester City sekaligus merapatkan kedudukan jaringan.

Ad

Skuad kendalian Pep Guardiola alami kekalahan keenam dalam saingan EPL.

Ketika ini, Aston Villa rampas kedudukan kelima Manchester City dengan kelebihan satu mata.