Manchester United terima tamparan hebat selepas dimalukan Bournemouth di Old Trafford dengan kekalahan 0-3 dalam satu aksi Liga Perdana Inggeris minggu ke-17.
Bournemouth mengejutkan tuan rumah pada minit ke-29 menerusi jaringan Dean Huijsen yang menanduk kemas bola hantaran Ryan Christie menerusi satu sepakan percuma dari sebelah kiri United.
Manchester United beberapa kali cuba menyamakan kedudukan namun barisan pertahanan Bournemouth kebal menangkis segala ancaman United.
Bersambung babak ke-2, Bournemouth tambah derita pasukan tuan rumah selepas berjaya menjaringkan gol menerusi 1 sepakan penalti yang disudahi Justin Kluivert pada minit ke-61.
Selang 3 minit kemudian, Antoine Semenyo menjaringkan gol ke-3 Bournemouth sekaligus mematikan rentak pasukan tuan rumah.
Keputusan berakhir dengan Manchester United tewas 0-3 ke atas Bournemouth di Old Trafford.
Kekalahan ini merupakan kekalahan ke-3 Amorim di Liga Perdana Inggeris selepas diumumkan sebagai Ketua Jurulatih manchester United pada 11 November lalu.
Manchester United bakal bertandang ke Molineux 27 Disember ini menentang Wolverhampton Wanderers.