Ads
EPL
Premier League

Manchester City tampil yakin untuk menewaskan pasukan Brighton dibawah kendalian Roberto De Zerbi dengan jaringan 2-1 di Stadium Etihad.

Advertisements

City menurunkan penjaga gol pilihan kedua, Stefan Ortega manakala Rodri kembali memperkuatkan jentera tengah pasukan dalam aksi ini.

Advertisements

Roberto De Zerbi pula mempertaruhkan Kaoru Mitoma, Danny Welbeck dan Joao Pedro diposisi serangan pasukan bagi memecah masuk pertahanan City.

Advertisements

Advertisements

City tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila Julian Alvarez mudah menyempurnakan hantaran Jeremy Doku seawal minit ke-7 permainan.

Brighton pula terpaksa melakukan pertukaran awal pada minit ke-16 setelah Danny Welbeck tidak dapat meneruskan permainan ekoran kecederaan dan diganti dengan penyerang muda, Evan Ferguson.

Advertisements

City menambah gol kedua menerusi jaringan luar kotak penalti oleh Erling Haaland pada minit ke-19 permainan setelah pemain Brighton, Baleba kehilangan bola kepada Silva yang pantas melorongkan bola kepada Haaland.

City jelas menguasai bola untuk babak pertama dan turut menyukarkan pasukan Brighton untuk mencipta gerakan berbahaya.

Memasuki babak kedua, Brighton meningkatkan cubaan serangan ke atas City dan akhirnya berjaya menembusi gawang gol pada minit ke-73 permainan.

Pemain gantian, Ansu Fati mencetak nama selaku penjaring setelah Akanji gagal mengeluarkan bola dari dalam kawasan kotak penalti.

Malang berganda buat Akanji apabila dilayangkan kad merah ketika perlawanan memasuki masa tambahan ekoran mengutip dua kuning.

Brighton mempamerkan aksi yang lebih baik diseparuh masa kedua namun gagal menghalang kemenangan Manchester City.

Advertisements

Tamat perlawanan, City menewaskan Brighton 2-1 dan kini telah memenangi 7 daripada 9 perlawanan manakala Brighton mengalami kekalahan ketiga liga musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram