Brighton berjaya menewaskan Manchester United 2-1 menerusi jaringan pada masa tambahan untuk meraih tiga mata berharga.
Erik Ten Hag menurunkan gandingan Kobbie Mainoo dan Casemiro di bahagian tengah pasukan manakala Marcus Rashford, Amad Diallo dan Bruno Fernandes mengetuai jentera serangan United.
Bekas peledak United, Danny Welbeck menjadi taruhan utama Brighton sebagai penyerang manakala van Hecke dan Lewis Dunk membarisi barisan pertahanan tengah pasukan.
Amad Diallo hampir memberikan jaringan pertama buat United seawal minit ke-11 permainan namun rembatan beliau sedikit tersasar.
Serangan Brighton pada minit ke-32 berjaya membuahkan hasil apabila Danny Welbeck menyambut bola hantaran daripada Kaoru Mitoma setelah Harry Maguire gagal menghadang bola tersebut.
Jaringan ke atas bekas kelabnya, Manchester United merupakan gol ke-100 peribadi buat penyerang berumur 34 tahun itu.
Rashford berjaya membolosi gawang gol Brighton dua minit kemudian namun gol tersebut dibatalkan kerana situasi ofsaid.
Aksi separuh masa pertama tamat dengan Brighton mendahui United 1-0 di Stadium Falmer.
United berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-60 menerusi jaringan Amad Diallo yang menerima bola hantaran Mazraoui.
Ten Hag melakukan beberapa pertukaran pemain dengan membawa masuk Garnacho, McTominay, De Ligt pada babak kedua permainan.
Garnacho hampir menjadikan kedudukan 2-1 untuk United tetapi jaringan beliau dibatalkan kerana bola terkena Joshua Zirkee yang berada dalam kedudukan ofsaid.
Tandukan Joao Pedro setelah menerima bola lambungan Simon Adingra pada masa tambahan kembali meletakkan Brighton dihadapan United.
Perlawanan tamat dengan keputusan 2-1 menyaksikan jaringan minit akhir oleh Brighton berjaya menundukkan United.
Brighton akan melawan Arsenal pada 31 Ogos kelak manakala Manchester United seterusnya akan berdepan cabaran Liverpool pada 1 September kelak untuk aksi Premier League.