EPL: Chelsea Dibedil Brentford
EPL
Premier League
Advertisements

Aksi kesepuluh saingan Liga Perdana Inggeris hari ini membabitkan pertembungan antara pasukan Chelsea dan Brentford.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Stamford Bridge menyaksikan pasukan tuan rumah gagal memanfaatkan kelebihan apabila mereka tewas kepada pasukan lawan.

Babak separuh masa pertama tamat dengan keputusan seri tanpa jaringan. Kedua-dua pasukan gagal mencetak sebarang gol sebelum menuju ke bilik persalinanan.

Advertisements

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan saling menyerang bagi memecah kebuntuan.

Gol pertama perlawanan akhirnya hadir pada minit ke-58 permainan menerusi pertahanan Brentford, Ethan Pinnock.

Pemain berusia 30 tahun itu tenang menanduk tepat bola ke gawang Chelsea selepas menerima hantaran cantik daripada Bryan Mbeumo.

Advertisements

Selepas jaringan Brentford terhasil, terserlah kesungguhan Chelsea mengatur serangan dan melancarkan asakan demi asakan. Bagaimanapun anak buah kendalian Mauricio Pochettino masih gagal mencetak jaringan.

Sebelum perlawanan tamat, Bryan Mbeumo memastikan malam gemilang buat Brentford apabila serangan balas yang diatur membuahkan hasil.

Perlawanan tamat, Chelsea 0-2 Brentford.

Advertisements

Chelsea kini menghuni tangga ke-11 liga selepas mengutip 12 mata daripada sepuluh perlawanan sementara Brentford berada di tangga ke-10 dengan 13 mata.

Aksi seterusnya menyaksikan Chelsea bakal berdepan Blackburn Rovers dalam saingan Piala EFL pada Khamis, 2 November 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram