Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan di antara Chelsea menentang Wolves yang berakhir dengan keputusan 2-4.
Pada minit ke-19 permainan, ayam tambatan The Blues, Cole Palmer menjaringkan gol pembukaan selepas menerima lorongan kemas daripada Moises Caceido.
Pasukan lewat tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila, Matheus Cunha menjaringan gol pada minit ke-22 permainan.
2 minit sebelum separuh masa pertama tamat, pertahanan Chelsea, Axel Disasi menjaringkan gol sendiri selepas gagal menahan sepakan daripada bek kiri Wolves, Ait Nouri.
Pasa minit ke-63 permainan, Matheus Cunha menggandakan jaringan buat Wolves menerusi sepakan deras dalam kotak penalti.
Penyerang Wolves, Matheus Cunha mencatat hatrik menjaringkan gol ke-4 buat Wolves menerusi sepakan penalti.
Pada minit ke-86, Thiago Silva mendapatkan gol kedua buat Chelsea menerusi tandukan selepas menerima sepakan sudut Mudryk.
Keputusan kekal, Chelsea ‘lunyai’ diratah Wolves di Stamford Bridge.