EPL: Chelsea ‘Dirantai’ Sheffield United
EPL
Chelsea FC
Advertisements

Hasrat Chelsea melakar kemenangan ke-13 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) terbantut apabila mereka sekadar seri 2-2 dengan Sheffield United.

The Blues perlu menang hari ini di Bramall Lane sekiranya ingin merapatkan jurang dengan pasukan di tangga kelapan liga, Newcastle United.

Sementara The Blades pula perlu menang untuk menghidupkan sisa harapan untuk kekal dalam EPL.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan pelawat terlebih dahulu berada di depan menerusi bek tengah veteran, Thiago Silva pada minit ke-11.

Tersentak, United yang dibimbing Chris Wilder bangkit memburu gol penyamaan. Hasilnya, Jayden Bogle menyamakan kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-32.

Chelsea yang dibimbing jurulatih Argentina, Mauricio Pochettino berusaha mencari gol kedua tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, pelawat terus memberi tekanan kepada kubu pertahanan pelawat.

Tekanan yang diberi The Blues menyaksikan mereka meraih gol kedua menerusi pemain sayap muda England, Noni Madueke pada minit ke-66.

Tatkala pelawat menyangka dapat membawa tiga mata ke Stamford Bridge, Oliver McBurnie memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata dengan gol pada minit ke-93.

Advertisements

Keputusan ini menyaksikan Chelsea kekal di tangga kesembilan dengan 44 mata. Manakala The Blades pula kekal di tangga ke-20 dengan 16 mata.

Sofascore memilih Silva sebagai pemain terbaik perlawanan hari ini dengan markah 7.7, 0.1 mata di hadapan McBurnie.

Selepeas ini, United bakal berdepan Brentford di Stadium Komuniti Gtech pada 13 April. Sementara The Blues pula berdepan Everton di Stamford Bridge pada awal pagi 16 April.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram