Advertisement
EPL: Chelsea Hampir Dimalukan Brentford
EPL
MakanBola
PremierLeague

Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini menyaksikan pertembungan Chelsea dengan Brentford yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.

Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua pasukan cuba untuk menguasai permainan. 

Pada minit ke-35 permainan, Chelsea membuka jaringan menerusi Nicolas Jackson dengan tandukan deras menewaskan penjaga gol Brenford, Mark Flekken.

Lima minit selepas mula separuh masa kedua, Brentford berjaya menyamakan kedudukan menerusi Mads Roerslev selepas berjaya melepasi pergelutan.

Pada minit ke-64 permainan, penyerang Dr Congo, Yoane Wissa menjaringkan gol kedua buat Brentford dengan sepakan gunting dalam kotak penalti.

Skuad muda The Blues tidak mengaku kalah, Axel Disasi menyamakan kedudukan dengan menjaringkan gol kedua buat Chelsea pada minit ke-83 permainan.

Lima minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Chelsea dan Brentford berkongsi mata.