Ads
EPL
Premier League

Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan Chelsea membelasah Wolves tanpa belas kasihan dengan jaringan 6-2.

Advertisements

Chelsea membuka jaringan seawal minit ke-2 permainan menerusi Nicolas Jackson dengan tandukan deras selepas sepakan sudut yang diambil oleh Enzo Fernandez. 

Advertisements

Pada minit ke-27 permainan, pertahanan Chelsea sedikit goyah apabila penyerang Wolves, Matheus Cunha tenang menyudahkan hantaran baik daripada pertahanan kiri, Ait Nouri.

Advertisements

Advertisements

Pemain muda terbaik England, Cole Palmer pada minit ke-45 permainan berjaya menjaringkan gol kedua Chelsea dengan ‘cip’ menewaskan penjaga gol Wolves, Jose Sa. 

Tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama, Wolves menyamakan kedudukan menerusi  pemain kelahiran Norway, Jorgen Strand Larsen. 

Advertisements

Separuh masa pertama tamat, Wolves 2-2 Chelsea.

Separuh masa kedua bermula menyaksikan The Blues membuat satu pertukaran mengeluarkan pemain sayap, Mykhaylo Mudryk dengan menggantikan Pedro Neto. 

Pada minit ke-49 permainan, Noni Madueke menghadiahkan jaringan ketiga buat Chelsea dengan sepakan deras terbias sedikit pertahanan Wolves sekaligus diterjamahkan kepada gol.

Noni Madueke sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring gol ke-4 Chelsea pada minit ke-58 permainan selepas mudah menyempurnakan hantaran pendek daripada Cole Palmer. 

Pada minit ke-63 permainan, Noni Madueke menjaringkan gol ke-5 pasukan sekaligus mencatat rekod hatrik pertama peribadi bersama Chelsea musim ini.

Pemain yang baru sahaja diumumkan Chelsea, Joao Felix menghukum Wolves apabila menjaringkan gol ke-6 pasukan selepas mudah menyempurnakan hantaran daripada Pedro Neto.

Enam minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Chelsea berjaya meraih tiga mata berharga di tempat lawan.

Advertisements

Selepas ini, The Blues akan beraksi di UEFA Conference League pada 30 Ogos ini menentang Servette dan Wolves akan berdepan Burnley bagi saingan EFL Cup.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram