Chelsea berjaya menewaskan Fulham untuk meraih kemenangan kedua mereka musim ini dengan jaringan 2-0.
Chelsea bermula garang apabila mempunyai peluang menjaringkan gol seawal minit kedua perlawanan namun gagal menerjah jaring.
Asakan awal Chelsea akhirnya memberikan hasil positif setelah Mudryk membuka gol pertama pada minit ke-18 menerusi hantaran Levi Colwill.
Gol pertama berjaya meningkatkan semangat pemain Chelsea apabila mereka terus menjaringkan gol kedua seminit selepas gol pertama.
Armando Broja berjaya memanfaatkan kesilapan pemain Fulham, Tim Ream untuk gol kedua pasukan.
Separuh masa pertama tamat menyaksikan dominasi serangan daripada Chelsea.
Bermula babak kedua, Fulham memperkemaskan jentera pertahanan dan turut mula memberi saingan menerusi beberapa percubaan.
Fulham gagal menjaringkan sebarang gol pada babak kedua perlawanan walaupun merekodkan 10 percubaan ke arah gawang gol Chelsea.
Fulham juga berjaya mengimbangkan permainan untuk babak kedua apabila mempunyai 56% penguasaan bola berbanding Chelsea.
Chelsea bagaimanapun berjaya mengekalkan jaringan 2-0 hingga tamat perlawanan dan membawa pulang 3 mata berharga.