Ads
EPL
EPL

Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) diteruskan dengan aksi di antara Chelsea yang melayan kunjungan Fulham di Stamford Bridge sebentar tadi yang mana menyaksikan tiga mata menjadi milik tuan rumah.

Advertisements

Chelsea yang menurunkan skuad terbaik mereka memulakan perlawanan dengan penguasaan bola yang sangat baik bagi mencari jaringan awal.

Advertisements

Fulham dilihat lebih banyak bertahan dan kadang kala melancarkan serangan balas merbahaya ke atas kubu Chelsea diketuai pertahanan berpengalaman, Thiago Silva.

Advertisements

Advertisements

Peluang terbaik Chelsea hadir pada minit ke-21 melalui Aramndo Broja yang melepaskan percubaan merbahaya melalui tandukan namun sedikit tersasar.

Ketika separuh masa hampir ditamatkan, Chelsea dihadiahkan sepakan penalti selepas Raheem Sterling dijatuhkan.

Advertisements

Cole Palmer yang mengambil sepakan itu tidak berdepan masalah untuk menyempurnakannya sekali gus menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 1-0 memihak Chelsea.

Bersambung babak kedua, Chelsea meneruskan penguasaan bola dalam usaha mereka menjarakkan lagi kedudukan.

Beberapa percubaan merbahaya daripada Cole Palmer, Raheem Sterling dan Armando Broja gagal menembusi gawang Fulham yang dijaga ketat oleh Bernd Leno.

Fulham hampir menyamakan kedudukan melalui Raul Jimenez pada minit ke-73 namun ianya dinafikan oleh kecemerlangan Dorde Petrovic yang mengawal ketat gawang Chelsea.

Advertisements

Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus menghadiahkan tiga mata berharga buat Chelsea. Dengan kemenangan ini, Chelsea naik ke tangga ke-8 liga manakala Fulham kekal di tangga ke-13 liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram