Advertisement
EPL: Chelsea Selangkah Ke Eropah, Tewaskan Brighton
EPL
MakanBola
Brighton & Hove Albion

Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris harini menyaksikan pertembungan diantara Chelsea menentang Brighton berakhir dengan keputusan 2-1. 

Chelsea turun dengan misi penting bagi memastikan layak ke peringkat Eropah musim hadapan. Sementara Brighton masih mengejar kelompok ke-10 terbaik liga.

Seawal 15 minit permainan, The Blues dihadiahkan sepakan penalti, namun VAR menafikannya. 

Pada minit ke-33 permainan, Cole Palmer membuka jaringan pertama pasukan menerusi tandukan deras ke arah gawang gol selepas menerima lorongan kemas dari Marc Cucurella. 

Separuh masa kekal Chelsea 1-0 Brighton

Penyerang baharu The Blues, Christopher Nkunku menjaringankan gol kedua pasukan selepas menerima hantaran kemas daripada Malo Gusto pada minit ke-63 permainan. Ini merupakan gol kedua peribadinya bersama The Blues. 

Pertahanan kental Chelsea, Reece James dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain lawan pada minit ke-88 permainan. 

Pasukan Brighton mula cuba mengasak Chelsea dengan kelebihan jumlah pemain yang ada, akhirnya berjaya menjaringkan gol tunggal menerusi Danny Welbeck pada minit ke-97 permainan. 

Perlawanan kekal dengan keputusan Chelsea 2-1 Brighton.

Skuad kendalian Pochettino ketika sudah memenangi 4 perlawanan berturut-turut sekaligus memintas Newcastle United bagi kedudukan ke-6 liga. 

Peluang Chelsea untuk beraksi di Eropah musim hadapan semakin terbuka, perlawanan terakhir saingan Liga musim ini bertemu Bournemouth pada 19 Mei ini. Sementara Brighton akan bertemu Manchester United.