EPL: Chelsea Teruskan Rentak Buruk, Diikat Bournemouth
EPL
Chelsea FC
Advertisements

Chelsea terus bergelut memburu kemenangan kedua EPL selepas diikat Bournemouth tanpa jaringan di Stadium Vitality hari ini.

Selepas tewas mengejut 1-0 di tangan Nottingham Forest, anak-anak buah Mauricio Pochettino berharap dapat bangkit dengan mengalahkan The Cherries di gelanggang keramat mereka.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan bergelut mencipta peluang jaringan pada separuh masa pertama. Ini dibuktikan dengan statistik Sky Sports di mana kedua-dua pasukan masing-masing mempunyai lima percubaan dan satu percubaan tepat.

Advertisements

Bersambung pada separuh masa kedua, The Blues menyangka telah mendahului menerusi bek tengah muda mereka, Levi Colwill pada minit ke-50. Bagaimanapun, gol tersebut dibatalkan selepas bekas pemain pertahanan pinjaman Brighton itu dikesan berada pada kedudukan ofsaid.

Tiga minit kemudian, Nicholas Jackson pula mensia-siakan peluang keemasan selepas menerima hantaran Lesley Ugochukwu. Bekas penyerang Villareal itu tersilap menyepak bola mengakibatkan bola tersebut tidak mengenai sasaran.

Advertisements

The Blues cemas apabila Dominic Solanke membuat percubaan ke arah gawang mereka pada minit ke-80. Bagaimanapun, percubaan beliau berjaya disekat penjaga gol Robert Sanchez.

Keputusan seri kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini tidak membantu kedua-dua pasukan memperbaiki kedudukan semasa dengan Chelsea dan Bournemouth masing-masing di tempat ke-14 dan ke-15.

Advertisements

Selepas ini, The Blues bakal berdepan pasukan meningkat naik dari Midlands, Aston Villa pada 24 September. Sementara The Cherries pula berdepan Brighton pada hari sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram