EPL: Everton Bakal Bawa Masuk Nathan Ferguson
Transfer
Rangers FC/SNS Group
Advertisements

Selepas dua kali dikecewakan Rangers kerana menolak bidaan untuk bek kanan muda mereka Nathan Ferguson, akhirnya hajat Rafa Benitez mendapatkan khidmatnya tercapai jua. Ini selepas Rangers bersetuju menerima bidaan berjumlah £16 juta (RM90.12 juta) dengan £12 juta (RM67.6 juta) dibayar sebagai bayaran muka. Sementara £4 juta (RM22.51 juta) dibayar mengikut klausa-klausa tertentu seperti jumlah penampilan dan bonus pencapaian.

Patterson merupakan pemain sokongan kepada kapten dan bek kanan James Tavernier dengan hanya membuat dua penampilan bersama Gers. Pemain ini membuat kemunculan pertama bersama Scotland semasa perlawanan menentang Luxembourg pada Jun lepas. Patterson kemudiannya menjaringkan gol pertama bersama Tartan Army dalam perlawanan menentang Moldova pada November tahun lepas.

Sekiranya perjanjian ini berjaya dimuktamadkan, Patterson bakal menjadi pemain kedua menyertai Toffees selepas Vitaliy Mykolenko dari Dynamo Kiev. Begitupun, ia juga merupakan berita buruk kepada Jonjoe Kenny. Dengan penyertaan Patterson, ini bermakna bekas pemain bawah 21 England itu tersisih daripada pasukan utama.

Advertisements

Seperti Lucas Digne, Kenny juga harus berpindah dari Goodison Park demi meneruskan kariernya. Sebelum ini, beliau pernah beraksi secara pinjaman bersama Schalke 04 dan Celtic. Dengan Bhoys dikhabarkan mencari bek kanan semulajadi untuk memperkukuh cabaran baki saingan Liga Perdana Scotland, molek bagi pengurus Ange Postecoglou.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram