Advertisement
EPL: Fulham Bangkit Malukan Arsenal
EPL
MakanBola
EPL

Fulham berjaya mengejutkan Arsenal apabila bangkit menewaskan pasukan itu dengan jaringan 2-1.

Arsenal bermula garang apabila menjaringkan gol seawal minit ke-5 hasil jaringan Bukayo Saka.

Tersentak dengan gol itu, Fulham kembali mengatur serangan dan berjaya memberikan aksi sengit buat Arsenal pada babak pertama.

Fulham meraih gol penyamaan pada minit ke-29 menerusi jaringan Raul Jimenez yang menyempurnakan hantaran T. Cairney.

Kegagalan Declan Rice menanduk keluar bola menyaksikan De-Cordova Reid berjaya menyambut bola tersebut untuk meletakkan Fulham dihadapan pada minit ke-59.

Arsenal lebih banyak memegang bola dalam perlawanan ini namun Fulham lebih tajam dibahagian serangan apabila merekodkan lebih banyak percubaan berbanding Arsenal.

Tamat perlawanan, Fulham berjaya mengejutkan Arsenal dengan kemenangan 2-1 untuk meraih 3 mata berharga.

Arsenal kini berada ditangga keempat liga dan berkongsi mata yang sama dengan Manchester City dengan mengumpul 40 mata.