Aksi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini menyaksikan Fulham bangkit saat akhir menewaskan Chelsea di Stamford Bridge.
The Blues dalam misi memburu tiga mata penuh di laman sendiri selepas diikat oleh Everton sementara Fulham turut alami perkara yang sama seri menentang Southampton.
Pada minit ke-16 permainan, ayam tambatan Chelsea, Cole Palmer membuka jaringan pertama dengan rembatam deras menewaskan penjaga gol Fulham, Bernd Leno.
Separuh masa pertama tamat, Chelsea mendahului 1-0 Fulham.
Fulham berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-82 permainan menerusi Harry Wilson dengan tandukan selepas hantaran lintang dari rakan sepasukan.
Dua minit sebelum perlawanan tamat, Fulham bangkit menjaringkan gol kedua pasukan sekaligus menutup harapan Chelsea untuk tiga mata penuh.
Skuad kendali Enzo Maresca ketika ini berada di tangga kedua EPL dengan 35 mata sementara Fulham berada di tangga kelapan dengan 28 mata.
Selepas ini, Chelsea akan bertemu Ipswich Town pada 31 Disember dan Fulham akan berdepan Bournemouth pada 29 Disember hadapan.