EPL: Gol Dramatik Firmino Bantu Liverpool Ikat Arsenal
EPL
Liverpool FC
Advertisements

Liverpool menunjukkan mereka bukanlah pasukan yang mudah diperbudak-budakkan Arsenal. Ini selepas Reds berjaya mengejar dan mengikat Gunners 2-2 di Anfield hari ini.

Separuh masa pertama menyaksikan Liverpool sudah dibolosi seawal minit kelapan menerusi Gabriel Martinelli. Martinelli tenang menyudahkan hantaran kapten Martin Odegaard yang terkena bek tengah tuan rumah, Virgil van Dijk menewaskan Alisson.

Itu merupakan gol kelapan yang dibolosi anak-anak buah Jurgen Klopp dalam tempoh 15 minit pertama perlawanan EPL musim ini. Hanya Bournemouth dan Aston Villa yang mempunyai rekod jauh lebih buruk berbanding Reds.

Advertisements

Tersentak, Liverpool mula mengasak kubu pertahanan pelawat. Dan mereka mendapat peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan menerusi Andrew Robertson pada minit ke-20 tetapi sepakan bek kiri Scotland itu tersasar.

Sebaliknya, giliran Arsenal pula yang menggandakan kelebihan mereka pada minit ke-28 menerusi Gabriel Jesus. Bekas penyerang Manchester City itu berjaya melepasi kawalan Robertson dan van Dijk sebelum menanduk hantaran Martinelli ke penjuru kanan gawang Alisson.

Advertisements

Tatkala Gunners menyangka mereka selesa mendahului, Reds merapatkan jurang menerusi Mohamed Salah pada minit ke-42. Penyerang Mesir itu menolak hantaran Diogo Jota menewaskan Aaron Ramsdale bagi memastikan kedudukan 2-1 sehingga rehat.

Separuh masa kedua menyaksikan Liverpool dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-52 selepas Rob Holding menjatuhkan Jota. Tetapi Salah yang diberi tanggungjawab menyempurnakan penalti hampa apabila sepakan penaltinya tersasar.

Advertisements

Ini merupakan kali kedua bekas penyerang Fiorentina itu gagal menyempurnakan sepakan penalti. Kali pertama perkara itu berlaku ialah dalam perlawanan menentang Bournemouth dengan tuan rumah menundukkan Liverpool 1-0.

Salah makin hampa apabila percubaannya pada minit ke-57 berjaya dinafikan Ramsdale. Biarpun cuba dihalang oleh Holding, sepakan lencongnya berjaya ditepis bekas penjaga gol Bournemouth itu.

Advertisements

Peluang terbaik Liverpool menyamakan kedudukan ialah menerusi Nunez pada minit ke-80. Selepas menerima hantaran Salah, Nunez dilihat mampu membolosi gawang Arsenal tetapi berjaya dihalang Ramsdale.

Tetapi kesungguhan Reds memburu gol penyamaan akhirnya berhasil menerusi Roberto Firmino pada minit ke-87. Bermula dari Salah, beliau melorongkan bola kepada kapten Jordan Henderson.

Henderson yang menghantar bola kepada Trent Alexander-Arnold mudah menewaskan Olexandr Zinchenko sebelum menghantar bola yang mudah ditanduk Firmino menewaskan Ramsdale.

Di sebalik usaha kedua-dua pasukan memburu gol kemenangan, keputusan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan. Bagi Arsenal, keputusan ini memberi kelebihan kepada Manchester City untuk mengejar kerana dipisahkan enam mata dengan Gunners dengan kelebihan satu perlawanan.

Sementara bagi anak-anak buah Klopp pula melihat keputusan ini dapat menaikkan semula moral untuk memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Selepas ini, Liverpool bakal berdepan Leeds United di Elland Road pada 18 April. Sementara Arsenal pula menentang West Ham United di Stadium London pada 16 April.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram