EPL: Kebangkitan Chelsea Buat Aston Villa Berputih Mata
EPL
Premier League
Advertisements

Aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi Ahad menyaksikan Chelsea dan Aston Villa terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata.

Chelsea turun dengan misi mencatatkan kemenangan setelah tewas dalam dua aksi sebelum ini termasuklah kekalahan memalukan kepada seteru London, Arsenal 0-5 di Emirates Khamis lalu.

Aston Villa tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi gol sendiri pemain pertahanan Chelsea, Marc Cucurella seawal minit keempat.

Advertisements

Seakan tersentak, Chelsea yang mengawal sebahagian besar permainan di separuh masa pertama terpaksa akur dengan kekebalan benteng pertahanan tuan rumah apabila hanya mampu mencatatkan satu percubaan tepat sahaja.

Pada minit ke-17, penyerang sensasi Chelsea, Nicolas Jackson berjaya menyamakan kedudukan 1-1 buat pelawat, akan tetapi malang apabila pengadil menafikan gol tersebut atas dakwaan ofsaid.

Advertisements

Tiga minit sebelum rehat, stadium Villa Park kembali bergema apabila pemain sayap muda, Morgan Rogers meletakkan Aston Villa selesa mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 2-0 memihak Villa.

Advertisements

Kembali dari rehat, Unai Emery terpaksa mengambil keputusan drastik dengan menggantikan Emi Martinez yang cedera di pintu gol dengan penjaga gawang simpanan, Robin Olsen.

Kesempatan ini diambil oleh anak-anak buah Mauricio Pochettino untuk meledak jaringan pertama menerusi pemain sayap pasukan, Noni Madueke pada minit ke-62 untuk merapatkan defisit gol.

Advertisements

Aston Villa yang terdesak terus membawa masuk beberapa pemain baharu dari bangku simpanan bagi memperkemas jentera tengah dan serangan pasukan untuk menambah jaringan.

Namun, The Blues yang kekal dominan di separuh masa kedua berjaya menyamakan kedudukan menerusi kapten pasukan, Conor Gallagher hasil bantuan Noni Madueke lapan minit sebelum masa permainan tamat.

Pada masa tambahan, tuan rumah tergamam tatkala pemain Chelsea, Axel Disasi cemerlang menjaringkan gol ketiga pasukan untuk melengkapkan kebangkitan bergaya, namun gol tersebut dibatalkan kerana pengadil mendakwa terdapat kekasaran berlaku.

Aksi di Villa Park tamat dengan kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Perlawanan seterusnya menyaksikan Chelsea bakal menerima kunjungan musuh setempat, Tottenham Hotspurs dalam aksi London Derby pada awal pagi Jumaat manakala Aston Villa bakal bertandang ke laman Brighton and Hove Albion.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram