Advertising
EPL: Kelalaian Man United Dihukum Nottingham Forest
MakanBola
Manchester United

Prestasi tidak konsisten Man United untuk musim 2023-2024 terus membuatkan pengurus mereka, Erik ten Hag menggaru kepala.

Ini selepas The Red Devils tumpas 2-1 kepada Nottingham Forest dalam aksi terbaru Liga Perdana Inggeris (EPL) di City Ground awal pagi ini.

Kedua-dua pasukan berharap dapat meneruskan rentak kemenangan selepas masing-masing meraih kemenangan ke atas Aston Villa dan Newcastle United pada pertengahan minggu.

Ad

Walaupun hanya berstatus pasukan kerdil, Forest mendominasi babak pertama dengan mengatur gerakan serangan ke atas kubu pertahanan United.

Ad

Ini memaksa barisan pertahanan pelawat diketuai Raphael Varane bekerja keras mematahkan serangan tuan rumah diketuai Chris Wood.

Ad
Ad

The Red Devils juga mengatur serangan ke atas kubu Forest tetapi gagal. Ketumpulan serangan kedua-dua pasukan memastikan keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Ad

Bersambung pada kedua, permainan mula rancak apabila kedua-dua pasukan meningkatkan serangan.

Tuan rumah akhirnya mendahului menerusi pemain tengah Argentina, Nicolas Dominguez selepas menerima hantaran rakan senegara, Gonzalo Montiel pada minit ke-64.

Tersentak, United bangkit mencari gol penyamaan. The Red Devils memastikan kedudukan 1-1 menerusi Marcus Rashford pada minit ke-78.

Bagaimanapun, kelalaian pertahanan pelawat dihukum oleh bekas pemain mereka, Anthony Elanga. Elanga yang berpindah ke Forest pada musim panas lalu menghantar bola yang disudahkan Morgan Gibbs-White untuk gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-82.

Keputusan ini menyaksikan United jatuh ke tangga ketujuh liga dengan 31 mata. Manakala Forest terus mendaki ke kedudukan ke-15 liga dengan 20 mata.

Kelicikan Elanga yang menjadi duri dalam daging kepada The Red Devils menyaksikan beliau dipilih Sofascore sebagai pemain terbaik perlawanan. Beliau mendapat markah 7.7 mata.

Kedua-dua pasukan selepas ini akan mengharungi kempen The FA Cup. United bakal bertemu dengan Wigan pada awal pagi 9 Januari 2024 dengan Forest pula bakal berdepan Blackpool pada 7 Januari.