Pertembungan antara Liverpool dan Fulham memaparkan aksi bola sepak yang menarik apabila 7 gol terhasil dalam perlawanan ini dimana Liverpool menang 4-3 ke atas Fulham.
Liverpool terlebih dahulu membuka akaun jaringan hasil gol sendiri penjaga gol Fulham, Bernd Leno pada minit ke-20.
Fulham kemudian menyamakan kedudukan berselang 4 minit kemudian menerusi Harry Wilson yang menerima hantaran Robinson.
Liverpool berjaya meraih gol kedua hasil gol jarak jauh pemain tengah Mac Allister pada minit ke-38.
Fulham sekali lagi mengikat Liverpool dipenghujung babak pertama setelah pertahanan Fulham, Tete menjaringkan gol pada masa tambahan separuh masa pertama.
De-Cordova Reid kemudian meletakkan Fulham dihadapan setelah mudah menjaringkan gol ketiga Fulham.
Namun itu tidak bertahan lama apabila Wataru Endo menyamakan kedudukan buat Liverpool menjadikan kedudukan semasa 3-3 hasil lorongan Salah.
Trent Alexander Arnold muncul wira Liverpool menerusi jaringan keempat yang juga merupakan gol kemenangan Liverpool.
Tamat perlawanan, Liverpool menewaskan Fulham 4-3 untk meraih 3 mata berharga liga.