EPL: Liverpool Terkulai Di Anfield, Diaibkan Crystal Palace
EPL
Crystal Palace FC
Advertisements

Hasrat Liverpool untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan sedikit halangan apabila tewas di laman sendiri kepada Crystal Palace di Anfield sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dengan Liverpool meletakkan tiga penyerang berbisa iaitu Darwin Nunez, Mohamed Salah dan Luis Diaz untuk merobek gawang Crystal Palace.

Aksi dimulakan dengan Liverpool menguasai sebahagian besar perlawanan namun serangan yang dilancarkan Crystal Palace dilihat lebih merbahaya.

Advertisements

Crystal Palace akhirnya mengejutkan lebih 60 ribu penonton di Anfield apabila Eberiche Eze meledak pada minit ke-13 selepas menyambar hantaran daripada Tyrick Mitchell di bahagian sayap kiri.

Ketinggalan satu gol, Liverpool menggandakan asakan untuk mendapatkan jaringan penyamaan.

Pada minit ke-28, Liverpool mendapat peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan hasil percubaan Luis Diaz yang melakukan aksi akrobatik namun percubaan tersebut bejaya diselamatkan penjaga gol Cyrstal Palace, Dean Henderson.

Advertisements

Kedudukan 1-0 yang memihak Crystal Palace itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Liverpool mengeluarkan pemain tengah bertahan dari Jepun, Wataru Endo dan memasukkan pemain tengah menyerang, Dominik Szoboszlai dalam misi mendapatkan jaringan.

Liverpool terus mempamerkan penguasaan dengan serangan bertali arus sekali gus memaksa Crystal Palace bertahan.

Advertisements

Curtis Jones hampir menyamakan kedudukan buat Liverpool pada minit ke-74 namun percubaannya tidak berjaya diterjemahkan kepada jaringan walaupun berhadapan situasi satu lawan satu.

Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan dan menghadiahkan tiga mata berharga buat Crystal Palace.

Kemenangan itu membolehkan Crystal Palace naik satu anak tangga ke kedudukan ke-14 liga manakala Liverpool kekal di tangga ke-3 liga.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram