EPL: Magis Scott McTominay Julang Man Utd Benam Chelsea
EPL
Manchester United
Advertisements

Hasrat Manchester United untuk kembali mencipta kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini akhirnya menjadi kenyataan apabila berjaya menumbangkan Chelsea di Old Trafford sebentar tadi.

Man Utd memulakan perlawanan dengan beberapa serangan merbahaya ke gawang Chelsea terutamanya melalui penyerang muda mereka, Rasmus Hojlund namun percubaannya pada minit ke-5 diselamatkan penjaga gol.

Peluang keemasan United hadir pada minit ke-9 melalui sepakan penalti selepas pengesahan VAR mendapati Antony telah dikasari oleh Enzo Fernandez di kotak penalti. Namun sayang sekali, sepakan penalti yang diambil Bruno Fernandes diselamatkan Hugo Sanchez di gawang Chelsea.

Advertisements

United terus melakukan gerak serangan merbahaya ke gawang Chelsea manakala Chelsea pula dilihat berdepan kesukaran mencipta peluang.

United akhirnya berjaya di hadapan pada minit ke-19 melalui penyudah dari Scott McTominay yang melepaskan rembatan jarak dekat untuk meletakkan United 1-0 di hadapan.

Tersentak dengan gol tersebut, Chelsea menggandakan asakan mereka ke kubu United. Chelsea akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-43 melalui Cole Palmer yang berjaya memperdaya beberapa pertahanan United sebelum melepaskan rembatan leret untuk menewaskan Onana di gawang United.

Advertisements

Kedudukan terikat 1-1 dan ianya kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Chelsea meneruskan serangan mereka untuk mendapatkan gol bagi menjamin kemenangan di gelanggang lawan namun ketumpulan penyudah menidakkan beberapa peluang keemasan mereka.

United akhirnya berjaya di hadapan buat kali kedua dalam perlawanan ini apabila pada minit ke-69, McTominay sekali lagi menjadi wira apabila berjaya menyudahkan hantaran Garnacho untuk menjadikan kedudukan 2-1 memihak United.

Advertisements

Penguasaan Chelsea semakin pudar dan mereka membiarkan barisan pemain United terus menguasai perlawanan.

United berpeluang menambah jaringan melalui Bruno Fernandes dan Garnacho namun percubaan mereka gagal diterjemahkan kepada jaringan.

Kedudukan 2-1 itu kekal sehingga wisel penamat ditiupkan sekali gus memberikan tiga mata berharga buat United.

Advertisements

United kini naik ke tangga ke-6 liga dengan mengumpul 27 mata selepas 15 perlawanan. Kedudukan itu masih belum kukuh kerana beberapa pasukan di bawah mereka masih belum beraksi untuk perlawanan ke-15. Manakala Chelsea di tangga ke-10 liga dengan mengumpul 19 mata selepas 15 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram