EPL: Man City Bangkit ‘Beduk’ Liverpool
MakanBola
Man City FC

Man City mempamer kebangkitan hebat di hujung permainan untuk memalukan Liverpool di Anfield dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi Isnin.

Kedua-dua kelab tampil seimbang di separuh masa pertama tanpa sebarang jaringan terhasil sehinggalah permainan kini memasuki pertengahan babak yang kedua di laman keramat Liverpool.

Kebuntuan terlerai di minit ke-74 apabila tendangan percuma Dominik Szoboszlai berjaya menewaskan Donnarumma serta menerjah ke gawang Man City untuk gol sulung tuan rumah.

10 minit berselang, Bernando Silva menyamakan kedudukan 1-1 buat Man City sebelum Erling Haaland mencetak jaringan kemenangan buat pelawat hasil sepakan penalti di lewat aksi.

Malang buat Liverpool apabila Dominik Szoboszlai diperintah keluar padang selepas menerima kad merah akibat menarik baju Erling Haaland ketika Man City membuat serangan balas pantas.

Aksi tamat dengan keputusan 2-1 memihak Man City untuk The Cityzens terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Arsenal yang kini di tangga teratas carta EPL mengumpul 56 mata