EPL: Man City Terlepas Peluang Ke Puncak, Disekat Chelsea
EPL
Manchester City
Advertisements

Man City terlepas peluang memintas pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool apabila diikat 1-1 dengan Chelsea dalam aksi terbaru liga di Stadium Etihad.

City perlu meraih tiga mata untuk kembali berada di persada EPL. Sementara The Blues pula perlu menang jika ingin menghambat Brighton yang menduduki tangga kesembilan liga.

Babak pertama menyaksikan tuan rumah mendominasi perlawanan. Menerusi statistik Sofascore, The Citizens melancarkan 14 percubaan tetapi hanya dua percubaan tepat ke arah gol.

Advertisements

Ini disebabkan kerja keras barisan pertahanan Chelsea diketuai Levi Colwill yang menyerap asakan tuan rumah.

Kegagalan tuan rumah memanfaatkan peluang di depan gol dihukum pelawat menerusi gol bekas bintang mereka, Raheem Sterling pada minit ke-42. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, City yang dibimbing Pep Guardiola terus menggandakan serangan bagi mendapatkan gol penyamaan.

Malangnya, The Blues yang dibimbing Mauricio Pochettino terus menggagalkan setiap percubaan jentera serangan tuan rumah diketuai Erling Haaland.

Advertisements

Ini memaksa Guardiola memasukkan Bernardo Silva menggantikan Julian Alvarez pada minit ke-64 bagi menambah kreativiti di bahagian serangan.

Percaturan bekas jurulatih Barcelona itu membuahkan hasil apabila Rodri menyumbat gol penyamaan pada minit ke-83. Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Rodri dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan oleh Sofascore selepas mendapat markah 8.5 mata. Sementara Malo Gusto pula dipilih pemain terbaik Chelsea dengan 7.8 mata.

The Citizens selepas ini bakal menentang Brentford pada 21 Februari ini. Manakala The Blues pula mengalihkan fokus kepada final Piala EFL menentang Liverpool pada 25 Februari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram